Sumayyah Binti Khubath: Syahidah Pertama Dalam Sejarah
Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda "Bersabarlah wahai keluarga Yasir,
kerana tempat yang dijanjikan bagi kalian ialah syurga".
Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam mendoakan keluarga Yasir, "Ya Allah, janganlah
Engkau seksa seorang pun dari keluarga Yasir dengan api neraka".
Keluarga yang
agung dan mulia ini menghimpunkan segala sisi keutamaan. Keutamaan-keutamaan
ini semerbak harum menebarkan aroma kemuliaan dan ia tersebar dari generasi
terawal memeluk Islam sehinggalah ke generasi akhir zaman.
Pemimpin
keluarga ini, Yasir bin Amir bin Malik berasal dari Yaman. Beliau datang ke
Mekah bersama-sama Al-Harits dan Malik dalam rangka menjejaki saudaranya.
Mereka berdua kembali ke Yaman, sebaliknya Yassir terus menetap di Mekah.
Beliau kemudiannya menjalin persahabatan dengan Abu Hudzaifah bin Al-Mughirah
bin Abdullah Al-Makhzumy, yang kemudiannya menikahkannya dengan seorang hamba wanita,
Sumayyah bintu Khubath, lalu melahirkan seorang anak lelaki, bernama Ammar. Abu
Hudzaifah kemudiannya memerdekakan Sumayyah manakala Yasir dan Ammar tetap
bersama-sama dengan Abu Hudzaifah sehingga meninggal dunia.

[google image]
Sumayyah binti
Khubath, nama yang tidak pernah dikenali di seluruh pelosok Mekah sebelum Islam
hadir memancarkan sinarnya di Ummul Qura. Beliau seorang wanita yang bersosok
besar, usianya telah memasuki usia senja. Namun, beliau memiliki akal yang
jernih, dan jiwanya memancarkan keikhlasan, bara dan semangat!. Tidak berapa
lama selepas Rasulullah memulakan dakwah baginda, keluarga Yasir muncul sebagai
di antara manusia terawal mengimani risalah Islam dan membenarkan kerasulan
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Keimanannya yang mendalam terhadap Allah
menjadikan dirinya sebagai pelopor wanita-wanita yang sabar dan tegar
mempertahankan akidah. Bahkan beliaulah adalah orang ketujuh yang masuk Islam
dan di antara orang terawal yang menampakkan keislamannya. Hal ini disebutkan
oleh Al-Imam Adz-Dzahaby Rahimahullah di dalam bukunya, Siyar A'lamin-Nubala'
menerusi riwayat Abdullah bin Mas'ud Radiallahu Anhu,
" Yang
pertama sekali menampakkan keIslaman mereka secara terang-terangan ada tujuh
orang; Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, Abu Bakar, Ammar, ibunya
Sumayyah, Shuhaib, Bilal dan Al-Miqdad. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam
mendapat perlindungan dari bapa saudarany (Abu Talib). Abu Bakar mendapat
perlindungan kaumnya. Yang lain-lain pula mengalami penyeksaan yang keras dari
orang-orang musyrik, dikenakan baju besi lalu ditelantarkan di bawah terik
matahari. Tidak seorang pun dari mereka kecuali harus memenuhi apa yang mereka
inginkan, kecuali Bilal. Dia tidak peduli apa yang menimpa dirinya kerana
Allah. Dia juga tidak peduli kepada kaumnya. Ketika dia diseksa, kanak-kanak
kecil ikut sama mengerumuninya, dan dia hanya mampu mengucapkan, `Ahad, ahad,
ahad".
Keluarga
Sumayyah turut sama berada di barisan hadapan. Kemarahan kaum Quraisy
benar-benar memuncak. Hampir setiap nafas mereka adalah hembusan kebencian
kepada orang-orang yang mengucapkan "Rabb kami adalah Allah".
Penyeksaan-penyeksaan tidak pernah menjadikan kaum Muslimin berundur, malah
mereka tetap istiqamah dan terus mengikuti Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
Sementara itu,
baginda hanya mampu meniupkan kata-kata semangat dan motivasi keimanan kepada
keluarga Sumayyah kerana tiada seorangpun yang mampu memberikan jaminan kepada
keluarga tersebut. Keluarga itu menerima pelbagai jenis penyeksaan dari
orang-orang musyrik yang terbakar oleh api dendam dan kebencian terhadap dakwah
Islam. Mereka memuaskan keinginan yang gila dengan menyeksa Sumayyah dan
keluarganya. Ibnu Atsir Rahimahullah menyebutkan di dalam kitabnya, Usdul
Ghabah, tentang seksaan yang dialami oleh Sumayyah dengan berkata, "Dia
termasuk orang-orang yang lebih dahulu masuk Islam dan dia juga termasuk di
kalangan orang-orang yang mendapat seksaan yang keras kerana Allah".
KELUARGA YANG
SABAR
Tiada yang mampu
dilakukan manusia kecuali terkagum terhadap keluarga Yasir, sebuah keluarga
yang mulia, yang diberi kemudahan, dan yang mampu menggegarkan para pemimpin
kaum musyrikin Mekah. Mereka yang sebelumnya dikenali sebagai orang-orang yang
lemah lembut, tidak lagi mempunyai sifat itu tatkala berhadapan dengan kaum
kafir yang cuba mengoyakkan keimanan mereka. Bahkan kaum musyrikin hampir
hilang akal kerana rasa marah ketika melihat keluarga ini semakin tenang dan
mantap, tidak gerun terhadap seksaan, tidak beranjak sedikit pun dari akidah
mereka, malah tidak surut kesabaran mereka ketika dijemur di bawah terik
matahari dalam keadaan kehausan. Ketegaran keluarga ini membuatkan kaum
musyrikin kehairanan, bingung dan semakin berang. Mereka mengheret Ammar
bersama kedua ibubapanya ke tengah-tengah padang pasir yang panas sepanasnya,
agar mereka keluar dari Islam. Ironinya, keluarga sabar ini sentiasa bertambah
keimanan mereka seiring dengan semakin pedihnya seksaan. Mereka semakin pasrah,
terutamanya setelah mereka mendengarkan doa memohon pengampunan bagi diri mereka
oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
Salim Abul-Ja'd
meriwayatkan, beliau berkata, "Utsman memanggil beberapa sahabat
Rasulullah, di antaranya terdapat Ammar bin Yasir. Ustman berkata, `Aku akan
menyampaikan kepada kalian hadis tentang Ammar. Aku bersama Rasulullah pergi ke
Al-Bathha' sehingga kami menemui Ammar berserta ibubapanya ketika kaum
musyrikin menyeksa mereka. Yasir berkata kepada Rasulullah, "Apakah
selamanya aku akan begini?". Baginda bersabda, "Bersabarlah!".
Kemudian baginda bersabda, "Ya Allah, berilah ampunan kepada keluarga
Yasir, kerana Engkau telah berbuat apa yang Engkau Perbuat" . [Ditakhrij
oleh Ahmad]
PENENTANGAN
SUMAYYAHKaum musyrikin
Quraisy hampir tidak pernah menghentikan seksaan terhadap Sumayyah dan
keluarganya. Selepas suaminya meninggal dunia akibat penyeksaan, Sumayyah
semakin menentang dan memberikan reaksi keras terhadap Bani Al-Mughirah bin
Abdullah bin Makhzum, yang dipelopori oleh Abu Jahal. Dia layaknya orang yang
tidak waras dan tidak berperasaan ketika berhadapan dengan ketegaran Sumayyah
mempertahankan akidahnya. Baginya, kedegilan Sumayyah ialah perlecehan terhadap
dirinya. Sumayyah telah berjaya mencarik-carik kebesaran nama Abu Jahal di
kalangan kaum musyrikin kerana kesabarannya terhadap kerasnya seksaan. Hati Abu
Jahal hampir saja meledak kerana Sumayyah tidak mahu memperolok-olokkan dan
mengeji nama Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, walau dengan hanya satu
kata seperti yang dipaksakan Abu Jahal kepadanya.
Abu Jahal
(semoga Allah menghinakannya), tidak membiarkan satu pun sarana untuk
menghalangi manusia dari jalan Allah, melainkan dia akan menggunakannya. Dia
tidak mendapatkan satu jalan pun untuk menekan orang-orang Mukmin, melainkan
dia akan melaluinya. Ibnu Ishaq Rahimahullah, menyampaikan satu gambaran yang
jelas tentang hal ini, dengan berkata,
" Abu
Jahal, orang jahat yang terperdaya di tengah-tengah kaum Quraisy, jika
mendengar berita seseorang masuk Islam, dan orang itu adalah orang yang
terpandang dan mendapat jaminan perlindungan,maka dia hanya akan
mengingatkannya dan menegurnya dengan berkata, `Kau tinggalkan agama bapamu,
padahal bapa-bapamu adalah lebih baik darimu. Kami benar-benar akan mengalahkan
pendapatmu dan benar-benar akan menghinakan kehormatanmu.'
Jika yang
dihadapinya adalah seorang pedagang, maka dia akan berkata 'Demi Tuhan, kami
benar-benar akan membuatkan kamu rugi dalam perniagaanmu, dan kami benar-benar
akan menghancurkan harta bendamu'. Jika yang dihadapinya adalah orang yang
lemah, maka dia akan memukul dan menyeksanya semahu-mahunya. Semoga Allah
melaknat dan memburukkannya"
SYAHIDAH PERTAMASumayyah
Radiallahu Anha adalah wanita pertama yang menampakkan keIslamannya, di samping
menjadi syahid pertama yang mengorbankan dirinya di jalan Allah. Dalam
peristiwa kesyahidannya itu, terkandung pelajaran-pelajaran berharga bagi
sesiapa yang memiliki hati atau mempunyai pendengaran. Beliau menjadi sosok
syahid yang sebenarnya dan mempamerkan hakikat sabar kepada para generasi
seterusnya.
Setelah suaminya,
Yasir meninggal dunia kerana penyeksaan yang sangat berat, Sumayyah Radiallahu
Anha diserahkan pula oleh Abu Hudzaifah kepada Abu Jahal, sehingga si jahat itu
dapat menyeksa dengan segala cara yang diinginkannya disamping mengejek-ejek
diri Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dengan sejuta sumpah seranah dan
umpat keji. Suatu petang, Abu Jahal bersikap keras kepada Sumyyah, kemudian
berkata kepadanya, "Engkau tidak beriman kepada Muhammad melainkan kerana
engkau tergila-gila kepada ketampanannya".
Apa pula reaksi
Sumayyah? Beliau memberikan jawapan yang tidak kalah kerasnya, lantaran
kemarahannya yang tidak tertahan dengan tuduhan Abu Jahal itu. Keangkuhan Abu
Jahal terbukti apabila beliau menikamkan tombak ke tubuh Sumayyah sehingga
menyebabkan Sumayyah meninggal dunia sebagai syahid, rohnya naik kepada
Penciptanya dalam keadaan redha dan diredhai, kerana telah memberikan kesaksian
tidak berbelahbagi bahawa tiada Ilah selain Allah, dan bahawa Nabi Muhammad
adalah Rasul Allah.
Mujahid
Rahimahullah berkata, "Syahid yang pertama di dalam Islam ialah ibu Ammar,
Sumayyah yang ditikam Abu Jahal dengan menggunakan tombak, tepat di ulu
hatinya" .(Al-Bidayah Wan-Nihayah, 3/59)
Ibnul Jauzy
Rahimahullah berkata," Dia adalah syahid pertama di dalam Islam. Semoga
Allah redha kepadanya sebagaimana Allah membuatkannya redha".
IBNU SUMAYYAH
Sumayyah, nama
ini dan sahabiyah ini tetap hidup abadi menebarkan keharuman setelah mati
syahid dan beruntung telah meraih keredhaan Allah. Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam terbiasa memanggil anaknya Ammar, dengan sebutan "Ibnu
Sumayyah". Maka, tidak dapat lagi dimungkiri bahawa panggilan yang
diberkahi ini merupakan penghormatan terhadap sahabiyah yang sabar dan baik
ini. Panggilan itulah yang lebih sering meluncur dari lisan Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam yang mulia.
Abdullah bin
Mas'ud Radiallahu Anhu pernah berkata, "Aku pernah mendengar Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, `Jika manusia saling berselisih, maka Ibnu
Sumayyah berada pada kebenaran". (Kisah ini disebutkan di dalam Siyar
A'lamin-Nubala, 1/415-416; Tarikhul Islam, Adz-Zahaby, 3/575)
Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam juga sering menyebutkan nama Sumayyah dengan
keutamaan dan kebaikan. Sewaktu Perang Badar, baginda menyampaikan khabar
gembira bagi "orang baik yang mendapat kebaikan". (Julukan untuk
Ammar, kerana Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda kepadanya,
`Selamat datang wahai orang baik yang mendapat kebaikan'). Di dalamnya
disebutkan juga nama Sumayyah. Peristiwa ini dikisahkan ketika musuh Allah, Abu
Jahal terbunuh di dalam Perang Badar. Ketika itu Rasulullah menggembirakan
Ammar dengan berkata "Allah telah membunuh orang yang membunuh
ibumu".
Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam juga pernah mendoakan untuk Sumayyah dan keluarganya
dengan doa yang diberkahi ketika Ammar mendatangi Rasulullah mengadu seksaan
yang dihadapi oleh ibubapanya termasuk dirinya sendiri. Beliau berkata,
"Wahai Rasulullah, kami mendapatkan seksaan yang sangat keras".
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, "Bersabarlah wahai Abul
Yaqzhan (julukan lain bagi Ammar). Ya Allah, janganlah Engkau seksa seorang pun
dari keluarga Yasir dengan api neraka" (Al-Isti'ab, 4/325; As-Sirah
Al-Halabiyah, 1/484)
NISA'
MUBASSYARAT BIL JANNAH
Inilah kisah
sahabiyah yang sabar, yang disajikan sirahnya sebagai wanita yang teguh hati
pada kebenaran dan keimanan, sehingga menjadi pelopor di dalam perjuangan Islam
sepanjang zaman. Ibnu Abdil-Barr Rahimahullah memuji Sumayyah dengan berkata,
"Dia termasuklah orang yang diseksa kerana Allah, dan sabar di dalam
menghadapi seksaan. Dia termasuklah wanita yang berbaiat, baik dan
terutama" (Al-Isti'ab, 4/324)
Semoga Allah
merahmati Sumayyah ibu Ammar, wanita dan orang pertama yang mati syahid di
dalam Islam, ibu orang yang pertama membangun masjid dan digunakan untuk solat.
Kesejahteraan bagi keluarga Yasir, kesejahteraan ke atas kalian kerana
kesabaran kalian dan sesungguhnya kalian akan mendapat balasan yang
sebaik-baiknya.
"Terimalah
khabar yang baik wahai keluarga Ammar, kerana tempat yang dijanjikan bagi
kalian adalah syurga" (Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang
disampaikan oleh Ustman Al-Affan. Dipetik dari Thabaqat Ibnu Sa'ad, 3/249;
Majma' Az-Zawaid, 9/293; Tarikhul Islam Adz-Zahaby, 3/572)
Firman Allah
SWT:
"Sesungguhnya
Allah telah memberi dari orang-orang Mukmin, diri dan harta mereka dengan
memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang kerana Allah, lalu mereka
membunuh dan terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam
kitab Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya
(selain) daripada Allah? Maka, bergembiralah dengan jual beli yang telah kalian
lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar" (At-Taubah: 111)
Sumayyah bintu
Khubath Radiallahu Anha termasuk sejumlah wanita yang terawal menerima Islam
dan bersegera memenuhi janji Allah serta membenarkan apa yang telah dijanjikan
Allah kepada kaum Muslimin, sehingga beliau berhak mendapat khabar gembira
sebagai orang yang dijanjikan syurga. Bagaimana pula dengan kita sebagai kaum
muslimah akhir zaman? Semoga kisah ini menjadi obor penyuluh dan menyemarakkan
lagi semangat kita dalam mendakwahkan agama Allah ini sehingga tiba janji Allah
yang seterusnya, "akan berdiri semula kekhilafahan di atas manhaj
kenabian" [HR Ahmad]
Syukran Jazilan Wa Ilal Liqa'
Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda "Bersabarlah wahai keluarga Yasir,
kerana tempat yang dijanjikan bagi kalian ialah syurga".
Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam mendoakan keluarga Yasir, "Ya Allah, janganlah
Engkau seksa seorang pun dari keluarga Yasir dengan api neraka".
Keluarga yang agung dan mulia ini menghimpunkan segala sisi keutamaan. Keutamaan-keutamaan ini semerbak harum menebarkan aroma kemuliaan dan ia tersebar dari generasi terawal memeluk Islam sehinggalah ke generasi akhir zaman.
Pemimpin keluarga ini, Yasir bin Amir bin Malik berasal dari Yaman. Beliau datang ke Mekah bersama-sama Al-Harits dan Malik dalam rangka menjejaki saudaranya. Mereka berdua kembali ke Yaman, sebaliknya Yassir terus menetap di Mekah. Beliau kemudiannya menjalin persahabatan dengan Abu Hudzaifah bin Al-Mughirah bin Abdullah Al-Makhzumy, yang kemudiannya menikahkannya dengan seorang hamba wanita, Sumayyah bintu Khubath, lalu melahirkan seorang anak lelaki, bernama Ammar. Abu Hudzaifah kemudiannya memerdekakan Sumayyah manakala Yasir dan Ammar tetap bersama-sama dengan Abu Hudzaifah sehingga meninggal dunia.
![]() |
[google image] |
Comments
Post a Comment