Posts

Baju Pengantin atau Kain Kafan

Image
“Kau ni memang taknak kahwin ke?“ Soal seorang teman secara tiba-tiba. Saya yang sedang menulis terhenti seketika, memandangnya sekilas sambil kembali menghadap buku. “Apa kau merepek?“ Saya membalas ringkas. "Yela, kau ni asyik busy je macam tak fikir pun nak kahwin, peliklah aku.” “Kenapa kau nak kahwin?" Pen saya letakkan sebentar di atas meja sambil mengurut-urut bahu sendiri. Penat. "So, betullah kau taknak kahwin?” Soalan saya dibalas soalan. Saya senyum. “Aku pernah pergi satu talk tu, ada sesuatu yang ahli panel tu cakap yang buat aku berfikir sampai sekarang.” “Apa dia?” “Kalau nak kahwin, bagi sebab nak kahwin dan sebab tu dibentangkan depan Allah dan Rasulullah, mereka boleh senyum dan suka maka kahwinlah." Saya menarik nafas, "Sebab tu aku tanya kau kenapa nak kahwin.” “Sebab nak elak maksiat?” “Bagi aku, orang yang bagi sebab nak kahwin sebab nak elak maksiat adalah orang-orang yang jalan hidupnya penuh dengan jalan-jalan ...

Qailullah Mencerdaskan Minda

Image
*Soalan* : Ustaz.. kenapa 15-30 minit sebelum masuk waktu zohor kita diharamkan melakukan sebarang solat? *JAWAPANNYA*: 1️⃣ Ketika itu matahari berada di kemuncak langit sebelum gelincir (masuk Zohor). Disebut juga waktu rembang. 2️⃣ Waktu ini diharamkan solat sunat apa pun kecuali: 🔹 Pada hari Jumaat bagi lelaki yang hadir solat Jumaat. 🔹Berada di Masjidil Haram (Mekah, Madinah dan Al-Quds). 3️⃣ Waktu ini, jin & syaitan sedang mengambil tenaga mereka kerana ciptaan mereka dari unsur api. 🔹Dengan pancaran matahari yang kuat, tenaga mereka bertambah dengan cepatnya (recharge). 4️⃣ Ketika ini jugalah, ahli sihir membuat dan 'menuju' ilmu hitam mereka selain pada waktu tengah malam. - menurut Ilmu Perubatan Islam. 5️⃣ Manusia pula sebaliknya. Ketika ini, badan berada pada tahap paling lemah. 🔹Maka Islam menggantikan ibadat solat sunat dengan tidur sunat yang namanya Qailulah untuk tujuaan kecergasan fizikal dan juga rohani. 6️⃣ Qailulah 15-30 min...

Bilal Bin Rabah: Penyeru Langit

Image
Namanya adalah Bilal bin Rabah, Muazin Rasulullah Shalallahu 'alaihi wasallam, memiliki kisah menarik tentang sebuah perjuangan mempertahankan aqidah. Sebuah kisah yang tidak akan pernah membosankan, walaupun terus diulang-ulang sepanjang zaman. Kekuatan alurnya akan membuat setiap orang tetap penasaran untuk mendengarnya. Bilal lahir di daerah as-Sarah sekitar 43 tahun sebelum hijrah. Ayahnya bernama Rabah, sedangkan ibunya bernama Hamamah, seorang budak wanita berkulit hitam yang tinggal di Mekah. Kerana ibunya itu, sebahagian orang memanggil Bilal dengan sebutan Ibnus-Sauda '(putra wanita hitam). Bilal dibesarkan di kota Ummul Qura (Mekah) sebagai seorang budak milik keluarga bani Abduddar. Saat ayah mereka meninggal, Bilal diwariskan kepada Umayyah bin Khalaf, seorang tokoh penting kaum kafir. Ketika Mekah diterangi cahaya agama baru dan Rasul yang agung Shalallahu 'alaihi wasallam mula mengumandangkan seruan kalimat tauhid, Bilal adalah termasuk oran...

Sumayyah Binti Khubath: Syahidah Pertama Dalam Sejarah

Image
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda "Bersabarlah wahai keluarga Yasir, kerana tempat yang dijanjikan bagi kalian ialah syurga". Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam mendoakan keluarga Yasir, "Ya Allah, janganlah Engkau seksa seorang pun dari keluarga Yasir dengan api neraka". Keluarga yang agung dan mulia ini menghimpunkan segala sisi keutamaan. Keutamaan-keutamaan ini semerbak harum menebarkan aroma kemuliaan dan ia tersebar dari generasi terawal memeluk Islam sehinggalah ke generasi akhir zaman. Pemimpin keluarga ini, Yasir bin Amir bin Malik berasal dari Yaman. Beliau datang ke Mekah bersama-sama Al-Harits dan Malik dalam rangka menjejaki saudaranya. Mereka berdua kembali ke Yaman, sebaliknya Yassir terus menetap di Mekah. Beliau kemudiannya menjalin persahabatan dengan Abu Hudzaifah bin Al-Mughirah bin Abdullah Al-Makhzumy, yang kemudiannya menikahkannya dengan seorang hamba wanita, Sumayyah bintu Khubath, lalu melahirkan seorang anak lelaki...